I made this widget at MyFlashFetish.com.

create your own banner at mybannermaker.com!


Tuesday, August 2, 2011

Monday, July 25, 2011

Perkakasan Dan Perisian Yang Digunakan Dalam e-Dagang Silver


antara senarai perkakasan dan perisian yang digunakan dalam menjana pasaran logam perak

PERKAKASAN:
  • Laptop - HP 320Z
  • Maxis Broadband Lite 3GB
  • Wayar Adapter LG990i
  • Tetikus Optikal Acer 345
  • Speaker light Amazon watt 600.
  • Kad ATM Maybank
  • Telefon Bimbit LG990i


PERISIAN:

  • Operating System : Windows 7
  • Internet Browser : Google Chrome, Internet Explorer
  • Membuka email: Yahoo Email : win_rizwin@yahoo.com
  • MQL4
  • maybank2u web
  • blogspot : www.chentadirham.blogspot.com

Kajian Umum Mengenai Logam Perak


Apa Kajian Yang Dilakukan..
Oleh sebab, ramai masyarakat masih kurang sedar akan positifnya penggunaan logam perak, maka kajian yang dilakukan ialah mengenai kewujudan dan kelebihan mengenai logam perak.

Kenapa Kajian Dilakukan..
  • untuk menerokai pasaran silver pada masa sekarang dan hadapan
  • mempelbagaian kelebihan penggunaan silver dengan lebih produktif.
  • penggunaan silver yang tinggi dalam bidang industri.
  • memberi pengetahuan dan kesedaran kepada masyarakat akan kelebihan logam perak 


Bagaimana Ia Dilaksanakan..

kajian ini dapat dilaksanakan dengan cara penyelidikan yang khusus mengenai logam perak melalui media massa, sumber-sumber internet, bahan bacaan seperti majalah, buku dan surat khabar. selain itu melalui penyertaan dan penglibatan diri dalam aktiviti seminar atau diskusi bersama pakar yang lebih arif mengenai kelebihan penggunaan dan pasaran logam perak.


Apa Yang Diperolehi..
  • keuntungan yang semakin tinggi dalam pasaran logam perak yang semakin produktif
  • dapat memberi impak positif dan kesedaran kepada masyarakat tentang penggunan logam perak
  • info dan ilmu pengetahuan yang lebih mendalam mengenai kewujudan logam perak.
  • keuntungan yang mendadak apabila menggunakan instaforex dalam pasaran silver.


Bagaimana Ia Memberi Makna
  • ekonomi penggunaan harian individu semakin positif apabila silver diperdagangan dengan cara yang betul dan tepat.
  • menjadi alternatif yang lain menggantikan matawang, lebih selamat dan terjamin.
  • berkeyakinan tinggi terhadap kekuatan pasaran logam perak di masa depan.
  • sekaligus menjamin ekonomi negara menjadi semakin kukuh.


Monday, July 18, 2011

Permintaan Logam Perak Dalam Industri


Permintaan utama perak adalah daripada kegunaan industri (40%), barang kemas,syiling bulion dan produk pertukaran bursa.
contoh lain :
  • Telefon selular – 404.35 tan;
  • Konsumer PCs & laptop – 684.29 tan;
  • Filem tebal PV – 1,461.90 tan;
  • Automotif – 1,119.75 tan;
  • Barangan elektronik & elektrikal – 7,555.21 tan, rekod tertinggi;
  • Panel kuasa solar bagi tahun 2011 dijangka mencapai 2,177.29 tan, melonjak 40% dari 2010;
  • Tag RFID pada 2010 mencecah antara 31 hingga 62 tan sebelum mencapai pasaran tepu untuk jangkamasa yang lebih lama lagi;
  • Komponen penulenan air menggunakan 62 tan dan dijangka menokok kepada 74.65 tan;
  • Peralatan & perkakasan perubatan meningkat kukuh permintaannya kepada 93.3 tan menjelang 2015;
  • Penggunaan logam perak secara nano dalam pembungkusan barangan yang mementingkan kebersihan (hygiene) bakal menyumbang kepada penggunaan 124.4 tan logam perak bagi tempoh 5 tahun yang mendatang.

Logam Perak Menuju Masa Depan Yang Positif..



Semua penyimpan, pelabur, peniaga mula memberi perhatian kepada logam perak disebabkan oleh kenaikan harga logam perak yang lebih tinggi berbanding emas. Jadi saya akan berkongsi sedikit mengapa perak berpotensi melonjak lebih tinggi dan tak kurang juga yang melabel " Silver is poor man gold " kerana harga yang lebih murah berbanding emas tetapi potensi lonjakan harga lebih tinggi. Saya kongsikan beberapa faktor yang saya kira potensi melonjakkan harga perak :
  • Logam perak tidak mempunyai lombong khusus berbanding emas. Secara asasnya perak dihasilkan sebagai hasil sampingan dari bijih logam lain seperti nikel, kuprum. Maknanya pengeluaran perak adalah lebih terhad berbanding emas.
  • Perkembangan teknologi dengan sangat pantas menyebabkan permintaan terhadap logam perak semakin meningkat. Perak digunakan secara meluas dalam industri komputer, telefon bimbit, panel solar, bidang perubatan dan lain-lain.
  • Perlindungan dalam situasi krisis kewangan seperti inflasi. Sama seperti emas, perak juga dikategori sebagai "precious metal" dan bersifat kalis inflasi.
  • Permintaan yang semakin meningkat. Negara China merupakan pengimport tegar emas dan perak. Bagi logam perak China mengeksport 100 juta auns perak sebelum ini dan kini China mengimport 112 juta auns.

Takrifkan Logam Perak


Perak ialah sejenis logam kimia keunsuran yang mempunyai simbol Ag dan nombor atom 47. Perak berwarna putih berkilau dan adalah sejenis logam peralihan.
Perak wujud dalam semula jadi dalam bentuk tulen (perak asli), namun boleh juga diperolehi dalam bentuk aloi dengan emas (elektrum) atau dalam banyak jenis mineral (sebagai contoh argentit dan klorargirit). Logam perak kebanyakannya diperoleh daripada hasil sampingan perlombongan tembaga,  emas, plumbum dan zink.
Logam ini telah diketahui semenjak zaman dahulu kala lagi dan memang telah lama dianggap sebagai logam berharga. Perak digunakan untuk menghasilkan bahan perhiasan, barang kemas, peralatan dan perkakas dapur yang bernilai tinggi dan duit syiling.
Pada masa kini, logam perak digunakan untuk menghasilkan konduktor (pengalir) elektrik dan penyambung elektrik. Logam ini juga digunakan dalam pembuatan cermin dan dalam  pemangkinan  tindak balas kimia.
 Sebatian perak pula digunakan dalam filem fotografi. Larutan cair argentum nitrat dan sebatian-sebatian perak yang lain digunakan untuk menghasilkan bahan nyakjangkit. Walaupun penggunaan antimikrob ini telah kebanyakannya digantikan oleh penggunaan antibiotik, kajian lanjut masih dilaksanakan untuk mengkaji potensinya dalam bidang klinikal

Monday, July 11, 2011

Percaya Kekuatan Silver........


dengan pasaran silver yang semakin melonjak..saya amat berkeyakinan akan tibanya pada satu hari kekuatan silver dapat mengalahkan emas. mungkin ia berbunyi seperti kurang logik, tetapi pasaran silver semakin menuju kejayaan. oleh itu tidak rugilah, jika kita sudah mula berjinak-jinak ataupun mengumpul barang-barang silver...peace......